Friday 19 February 2016

Perlembagaan PTM (Persekutuan Tanah Melayu)1948, Rundingan Kemerdekaan & Suruhanjaya REID

Perlembagaan PTM (Persekutuan Tanah Melayu)1948

Tanah Melayu diisytiharkan melalui satu perjanjian yg ditandangani oleh 9 orang Raja-Raja Melayu dengan Persuruhjaya Tinggi British pada :

21 Januari 1948

Pelembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah berkuatkuasa mulai:

1 Februari 1948
DATUK Onn Jaafar (duduk tiga dari kanan) bersama anggota jawatankuasa kerja merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu sebelum diserahkan kepada Suruhanjaya Reid.



Ciri-ciri Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
  • Mengandungi 9 buah negeri Melayu dan 2 buah Negeri-negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka.
  • Diketuai oleh Persuruhjaya Tinggi British dengan dibantu oleh sebuah Majlis Mensyuarat Kerja dan Majlis Persekutuan
  • Pemberian kerakyatan kepada orang asing yang mahu menetap di Tanah Melayu di perketatkan setelah Pelembagaan tahun 1948 dikuatkuasakan.
  • Jawatan Menteri Besar diwujud bagi menggantikan jawatan Residen British dan kuasa kerajaan negeri pula ditambah termasuk kewangan,kerajaan tempatan dan kesihatan.
  • Semua rakyat raja disebuah negeri Melayu.
  • Rakyat British yang dilahirkan di Pulau Pinang ,Melaka atau bapanya sendiri dilahirkan di Pesekutuan,dan atau serta menetap selama 15 tahun berturut-turut .
  • Mereka yang dilahirkan dalam Persekutuan dan bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat Melayu.Mereka dilahirkan di Persekutuan dan ibu bapanya juga dilahirkan di Persekutuan dan menetap selama 15 tahun.
  • Penduduk lain yang bukan daripada kalangan di atas layak memohon menjadi warganegara dengan syarat-syarat berikut:
             1.Dilahirkan di Persekutuan dan menetap selama 8 bulan dari tempoh 12 tahun atau                             menetap selama 15 tahun daripada 20 tahun sebelum permohonan itu dibuat.
             2.Permohonan mesti dapat meyakinkan mereka akan berkelakuan baik,mempunyai                               pengetahuan dalam bahasa Melayu atau Inggeris dan mesti berumur tidak kurang dari 18                   tahun.


Rundingan Kemerdekaan
  • PILIHANRAYA 1952 – Pilihan Raya Perbandaran
  • PILIHANRAYA 1955 – pilihan Raya Pertama Parti Perikatan Menang 
  • Januari 1956 - Tunku mengetuai rombongan ke London Untuk berunding dengan inggeris.  Turut menyertai ialah : 4 orang wakil Parti Perikatan, 4 orang wakil Raja Melayu & Wakil kerajaan Inggeris Di Tanah Melayu. Hasilnya ialah Kemerdekaan akan diberikan dengan syarat menubuhkan satu suruhanjaya bagi merangka perlembangaan baru tanah Melayu.
  • 1956 – Suruhanjaya Reid ditubuhkan. Suruhanjaya ini mengambil kira pandangan penduduk Tanah Melayu. Sebanyak 131 memorandum bertulis telah diterima.
  • 8 Februari 1956Perjanjian London ditanda tangani dan telah menetapkan tarikh kemerdekaan. Sekembalinya dari London Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan tarikh kemerdekaan di Padang Bandar Hilir Melaka.
  • 15 ogos 1957 Majlis perundangan Persekutuan telah meluluskan perlembangaan Tanah Melayu setelah menjalani proses pengkajian dan pindaan.
    Perlembangan ini berasaskan kepada Raja Perlembangaan dan demokrasi Berparlimen
  • 31 ogos 1957Tunku Abdul Rahman Mengisytiharkan kemerdekaan di Padang Kelab Selangor Setelah di lantik sebagai Perdana Menteri.
    Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Abdul Rahman dilantik sebagai Yang Dipertuan Agong.

Wakil Raja-raja Melayu diketuai Menteri Besar Perak dan Perikatan diketuai Tuanku.

Nama
Jawatan
· Dato’ Haji Abdul Wahab bin Abdul Aziz (Ketua)
· Dato’ Nik Ahmad Kamil Haji Nik Mahmud
· Dato’ Muhammad Seth bin Muhammad Said
· Abdul Aziz bin Haji Abdul Majid
Menteri Besar Perak
Menteri Besar Kelantan
Menteri Besar Johor
Menteri Besar Selangor
Abdul Kadir bin Shamsuddin selaku Setiausaha rombongan
Wakil Raja-raja Melayu dalam rombongan kemerdekaan 1956 :
  • Wakil parti Perikatan dalam rombongan kemerdekaan 1956 ;
Nama
Jawatan
· Tunku Abdul Rahman Putra (Ketua)
· Dato’ Abdul Razak bin Dato’ Hussien
· Dr. Ismail bin Dato’ Abdul Rahman
· Kolonel Hau Shek Lee (H.S.Lee)
Ketua Menteri
Menteri Pelajaran 
Menteri Tanah dan Galian
Menteri Pengangkutan
T.H. Tan (Setiausaha Parti Perikatan Selaku Setiausaha rombongan
  • Sebaik tiba di London, mereka mengadakan pertemuan dengan PM Britain, Sir Anthony Aden.
  • British diwakili Alan Lennox Boyd, PTB di TM Sir Donald MacGillivray, Setiausaha Negara John Hare dan para pegawai lain.
  • Perjanjian ditandatangani antara Perikatan, Raja-raja Melayu dengan Alan Lennox Boyd di Lancaster House.
  • Antara perkara penting yang dipersetujui dalam rundingan itu termasuklah 
            1. Kerajaan British bersetuju memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos                         1957.
            2. Rakyat tempatan akan mengambil alih jawatan-jawatan penting.
            3.Jawatan Penasihat British di negeri-negeri Melayu dihapuskan.





SURUHANJAYA REID

Ditubuhkan pada March 1956,dengan di pengurusikan oleh Lord Reid dari Britain. Diketuai oleh 4 orang hakim dari negara KOMANWEL iaitu Sir Ivor Jennings(Britain),Sir William Mckell(Australia),Hakim B Malik(India) dan hakim Abdul Hamid(Pakistan)

Ditugaskan untuk mengubar satu pelembagaan baru bagi Tanah Melayu yang merdeka. Menerima 131 memorandum bertulis yang dihantar orang persorangan dan parti politik. Memorandum Perikatan mencerminkan tolak ansur antara ketiga-tiga kaum terbesar dikenali sebagai
”Pakatan Murni”

Perkara penting dalam Pakatan Murni menjadi 4 unsur tradisi yang dimasukkan dalam pelembagaan iaitu agama Islam,kedudukan Raja-Raja Melayu,Bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu.




Soalan
  1. Apakah syarat kelayakkan bagi rakyat British yang ingin menjadi warganegara?
  2. Siapakah wakil Raja2 Melayu yang terlibat dalam Rombongan Kemerdekaan 1956?
  3. Senaraikan 4 orang hakim dari negara KOMANWEL?


No comments:

Post a Comment