Thursday 18 February 2016

Pembentukan Malaysia (REAKSI NEGARA-NEGARA ASEAN & LANGKAH-LANGKAH DALAM USAHA PEMBENTUKAN MALAYSIA)

REAKSI NEGARA-NEGARA ASEAN
Terdapat tentangan dari 2 negara iaitu Filipina dan Indonesia. Filipina memprotes pembentukan Malaysia dan Indonesia cuba menghalang pembentukan Malaysia.

FILIPINA
  • Presiden Macapagal mendakwa Sabah adalah sebahagian daripada daripada milik negaranya. Beliau bersama pegawai-pegawai tinggi Filipina menuntut hak keatas Sabah dan pernah menuntut kerajaan British mengembalikan Sabah kepada mereka melalui surat bertarikh 22 Jun 1962. Namun kerajaan British tidak melayan tuntutan tersebut.
  • Rentetan hal itu, Presiden Macapagal telah membuat kecaman secara terbuka terhadap pembentukan Malaysia semasa Kongres Filipina pada 28 Januari 1963.
  • Peristiwa ini menyebabkan hubungan diplomatic antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Filipina terjejas.
INDONESIA
  • Presiden Sukarno mengumumkan dasar konfrantasinya pada 20 Januari 1963 dengan slogan . ‘Ganyang Malaysia’ . Alasan Sukarno ialah kerana Tanah Melayu membelakangkan Indonesia semasa penubuhan Malaysia. Tindakan ini adalah kerana penubuhan Malaysia mengancam idea pembentukan empayar Indonesia Raya. Ianya juga merupakan taktik mengalih perhatian rakyatnya kepada beberapa masalah dalaman.
  • Dasar konfrantasi Sukarno memuncak dengan penghantaran Tentera Indonesia sempadan Sabah dan Sarawak. Malahan, sekumpulan tentera juga dihantar ke pantai barat Johor untuk tujuan penintipan.
  • Beberapa langkah telah diambil oleh Persekutuan Tanah Melayu dan kerajaan British bagi mengatasi persengkataan ini, misalnya penubuhan MAPHILINDO.
  • Pada tahun 1965, Sukarno telah digulingkan oleh Jeneral Suharto. Menteri Luar Indonesia, Adam Malik membuat perjanjian damai bagi mengakhiri konfrantasi pada bulan ogos 1966.

LANGKAH-LANGKAH DALAM USAHA PEMBENTUKAN MALAYSIA
Proses perbincangan dan perundingan kearah pembentukan Malaysia ini sebenarnya sangat panjang dan kompleks. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dan diatasi sebelum cadangan ini dapat direalisasikan. Beberapa tindakan juga perlu diambil bagi memastikan pembentukan ini memuaskan hati semua pihak.


JAWATANKUASA PERUNDINGAN PERPADUAN MALAYSIA(JPPM)
  • Pada bulan Julai 1961, satu mesyuarat Persekutuan Parlimen Komanwel(PKK) cawangan Tanah Melayu dan Borneo telah diadakan di Singapura. Semasa mesyuarat ini, pemimpin-pemimpin Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura telah mengambil peluang ini untuk menjelaskan konsep Malaysia kepada perwakilan Sabah,Sarawak dan Brunei yang hadir ke mensyuarat tersebut. Penerangan ini didapati telah mengurangkan salah paham terutamanya di kalangna pemimpin tiga wilayah tersebut tentang penubuhan Malaysia.
  • Kesan daripada persefahaman ini, mesyuarat telah bersetuju unutuk menubuhkan jawatankuasa perundingan perpaduan Malaysia.Jawatankuasa ini diiangotai oleh wakil-wakil dari semua wilayah yang terlibat dalam pembentukan, sementara Donald Stephens dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa tersebut.Namun, perwakilan Brunei menganggap diri mereka hanya sebagai pemerhati kerana ketidaksediaan Brunei menyertai gabungan.
  • Jawatankuasa ini berfungsi untuk menerangkan denagn lebih jelas akan konsepp Malaysia kepada orang ramai, khususnya penduduk sabah Sarawak san Brunei.Untuk tujuan ini, jawatankuasa akan mengumpul dan membandingkan idea-idea serta pendapat yang dikemukakan berhubung Malaysia.Keterangan-keterangan dan perbincangan akan dilaksanakan dengan lebih giat untuk menyegerakan rancangan pembentukan Malaysia ini.
  • Selain itu , jawatankuasa juga seboleh mungkin berusaha mendapatkan kata sepakat daripada pemimpin-pemimpin politik di semua daerah terbabit.Semenjak pembentukan jawatankuasa ini, mereka telah mengadakan perjumpaan sebanyak empat kali,iaitu pertamanya di jesselton (Kota Kinabalu sekarang) pada 21 ogos 1961, kedua di Kuching pada 18 disember 1961, ketiga di Kuala Lumpur pada 6 januari 1962 dan keempat di singapura pada 1 februari 1962.
  • Dalam perjumpaan-perjumpaan jawatankuasa dan usaha-usaha yang dilaksanakan, ramai tokoh dari Tanah Melayu dan Singapura seperti Tunku Abdul Rahman sendiri, Ismail Yusoff, Datu Ong Yoke Lim dan Lee Kuan Yew memainkan peranan yang sangat penting. Perjumpaan- perjumpaan yang mereka adakan dengan pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak telah mendatangkan hasil yang baik.












No comments:

Post a Comment