Friday 19 February 2016

Suruhanjaya Cobbold

Suruhanjaya Cobbold

Suruhanjaya Penyiasat Borneo Utara Atau Suruhanjaya Cobbold Telah Ditubuhkan Melalui Rundingan Antara Kerjaan Persekutuan Tanah Melayu Dengan Kerjaan British Pada Bulan November 1961 Dan Secara Rasminya Dilantik Pada 16 Januari 1962.Suruhanjaya Ini Dipanggil Suruhanjaya Cobbold Bersempena Nama Ketuanya Iaitu Lord Cobbold Seorang Bekas Gabenor Bank England.


Ahli-Ahli Suruhanjaya Cobbold:

  1. Lord Cobbold
  2. Anthony Abell
  3. David Waterson
  4. Dato Wong Pow Nee
  5. Tan Sri Mohd.Ghazali Shafie
Surahanjaya ini bersetuju bahawa dengan memasukkan Borneo Utara dan Serawak ke dalam Persekutuan Malaysia dapat memberi faedah yang banyak kepada rakyat.Matlamat surhanjaya ini adalah untuk menyiasat fikiran rakyat Borneo Utara dan Sarawak tentang penyatuan dengan kerjaan Persekutuan.Suruhanjaya ini juga telah membuat syor-syor setelah menimbangkan fikiran itu.

Selama dua bulan suruhanjaya ini beroperasi dan dalam tempoh tersebut 50 tempat perjumpaan di 35 buah empat,20 di Sarawak manakala 15 Di Sabah serta menemui lebih daripada 4000 orang yang mewakii kira-kira 690 buah kumpulan.

Suruhanjaya Cobbold ini juga mempelawa dan menerima surat atau memorandum daripada orang ramai untuk menyuarakan pandangan mereka.Sebanyak 2000 pucuk surat telah diterima diantaranya 600 Dari Sabah dan selebihnya dari Serawak.ia adlah pandangan daripada lembaga-lembaga bandaran,ketua-ketua kaum,majlis daerah,parti-parti politik,persatuan-persatuan,dewan – dewan perdagangan,pemimpin-pemimpin agama mahupun orang keseorangan.

Suruhanjaya Cobbold menamatkan siasatan pada 18 april 1962 dan telah mengemukakan laporan suruhanjaya ini kepada kerajaan persekutuan tanah melayu dan kerajaan british.menurut laporan tersebut,lebih 80% daripada penduduk sabah menyokong da 20% menolak cadangan tersebut.

Bentuk sokongan masyarakat sabah dan serawak terbahagi kepadda tiga golongan:
  • 1/3 daripada dua buah negeri ini menyokong penuh penggabungan tanpa syarat.
  • 1/3 lagiturut menyokong tetapi dengan syarat dan jaminan tertentu.
  • 1/3 lagi separuhnya mahukan kemerdekaan dahulu sebelum bergabung dn separuhnya yang menentang kerana mahu kekal dalam pemerintahan british.

 JAWATAN KUASA ANTARA KERAJAAN

Selepas Suruhanjaya Cobbold Membuat Laporan Yang Agak Mmemuaskan,Tugas Untuk Merangka Syarat-Syarat Persekutuan Secara Terperinci Telah Dilakukan OLeh Sebuah Jawatankuasa Yang Dipanggil Jawatankuasa Antara Kerjaan Yang Diketuai Oleh Lordlanddowne Yang Bertindak Sebagai Pengerusi,Tun Abdul Razak Hussien Sebagai Timbalan Pengerusi,Wakil-Wakil Negeri Serawak,Sabah Dan Singapura.

Jawatankuasa Ini Telah Membentuk Satu Perlembagaan Khususnya Yang Melibatkan Permintaan Sabah Dan Sarawak Berdasarkan Memorandum Yang Diterima Daripada Parti-Parti Politik Di Sabah Dan Sarawak.

Isi Kandungan Perlembagaan Tersebut Ialah:

  • Agama islam dijadikan agama rasmi bagi seluruh persekutuan tanah melayu kecuali sabah dan serawak.
  • Bahasa melayu telah dijadikan bahasa rasmi tetapi terdapt kelonggaran kepada sabah dan serawak yaitu bahasa inggeris boelh digunakan secara rasmi dalam 10 tahun selepas kemasukan persekutuan.
  • Kuasa kawalan imegresen diberikan kepada kerajaan negeri masing-masing untuk memberi keyakinan kapada kerjaan masing-masing bahawa tujuan tanah melayu bergabung bukanlah untuk menjajah.
  • System pendidikan tidak berubah sehinggalah majlis negeri membuat pindaan.
  • Sabah diberikan 24 perwakilan parlimen,manakala Sarawak 16 dan singapura 15 buah kerusi.

2 comments: