Friday 19 February 2016

Kesan - Kesan Darurat ketika Keganasan Komunis

Kesan - Kesan Darurat

Kesan Sosial
  • Menimbulkan kesusahan dan penderitaan ke atas kehidupan rakyat akibat keganasan komunis.
  • Sukar mendapat bekalan makanan dan bergerak akibat perbagai sekatan oleh kerajaan.
  • Kerajaan British longgarkan syarat kerakyatan.
  • Masalah hubungan kaum terutama antara orang melayu dan cina.
  • Penubuhan J/Kuasa Perhubungan Antara Kaum 1949,diketuai oleh Dato’ E.E.C.Thuraisingham.
  • Penubuhan Malayan Chinese Association(MCA) Februari 1949 untuk menarik minat orang Cina bergiat dalam pertubuhan politik berhaluan kanan.
  • Dasar Pelajaran Kebangsaan.

Kesan Politik
  • Melambatkan proses politik dan perlembagaan di TM kerana British terpaksa memberi lebih tumpuan  untuk banteras komunis.
  • British mempercepatkan langkah-langkah memberi taraf berkerajaan sendiri kepada penduduk tempatan.
  • British mengambil tindakan keras terhadap parti-parti politik berhaluan kiri yang bersimpati dengan perjuangan PKM seperti Ahmad Boestamam, Ishak Hj.Muhammad, Parti Kebangsaan Melayu Melaya, Angkatan Pemuda Insaf.
  • Kegiatan politik dilonggarkan dan membawa kepada kelahiran beberapa buah parti politik seperti Parti Islam Se-Malaya(PAS) dan Parti Kemerdekaan Malaya(IMP).

Kesan Ekonomi
  • Kerajaan memikul beban perbelanjaan yang besar untuk membanteras pemberontakan bersenjata PKM.
  • Banyak lading getah dan lombong bijih timah menjadi sasaran serangan komunis.
  • Serangan ke atas landasan kereta api dan kenderaan awam memberi kesan kepada system perhubungan dan kegiatan perdagangan.
  • Kegiatan ekonomi yang sering tergendala menjejaskan pengeluaran hasil bumi dan eksport TM.
  • Banyak kerja dan hasil pertanian di pinggir hutan terbiar apabila penduduk berpindah ke kawasan lain.
  • Catuan makanan kerana masalah kekurangan beras disebabkan banyak sawah ditinggalkan petani akibat perintah berkurung.

SOALAN
  1. Huraikan kesan – kesan darurat dari segi politik .
  2. Bincangkan kesan – kesan darurat dari segi social.
  3. Berikan 3 kesan darurat keatas Tanah Melayu.

2 comments: