Friday 19 February 2016

PEMBENTUKAN MALAYSIA (PENGENALAN, FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN MALAYSIA & REAKSI SABAH,SARAWAK,BRUNEI DAN SINGAPURA )

PEMBENTUKAN MALAYSIA

PENGENALAN
Idea pembentukan Malaysia tercetus pada 27 MEI 1961 melalui ucapan Perdana Mentari Perseketuan Tanah,iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN MALAYSIA
  • Mengelakkan ancaman dan pengaruh komunis.
  • Memberi kemerdekaan kepada Sabah,Sarawak,Brunei dan Sangapura.
  • Perkongsian faedah ekonomi.
  • Membela masyarakat bumiputera di Sabah & Sarawak.
  • Menjaga kepentingan dan hak kaum bumiputera di semua wilayah terbabit.


REAKSI SABAH,SARAWAK,BRUNEI DAN SINGAPURA

Rakyat Sarawak

Sebelum  Tunku  Abdul  Rahman mengumumkan  persetujuan  penubuhan  Malaysia,  di Sarawak  hanya  terdapat  dua  buah  pertubuhan  politik  iaitu  Parti  Bersatu  Rakyat Sarawak  (SUPP)  pimpinan  Ong  Kee  Hui  yang  majoritinya  penduduk  Cina  dan  Parti Negara  Sarawak  (PANAS)  dipimpin  oleh  Dato  Bandar  Abang  Haji  Mustapha  yang ahlinya  terdiri  daripada  orang  Melayu . Kemudian  orang  Iban  pula  menubuhkan  Parti Kebangsaan  Sarawak  (SNAP)  di  bawah  pimpinan  Stephen  Kalong  Ningkan.  Setelah pengumuman  dibuat  parti-parti  politik  di  Sarawak  mula  berkembang  dengan  hebatnya seperti  Barisan  Rakyat  Jati   Sarawak  (BERJASA)  dipimpin  oleh  Abdul  Rahman  Yaakub dan  Abdul Talib Mahmud,Pada asalnya cadangan penubuhan Malaysia ini kurang mendapat sokong parti di Sarawak, terutama SUPP yang bimbang dengan bentuk penjajahan baru ke atas Sarawak dan SNAP yang bimbang orang bukan Melayu dan peribumi hilang identitinya. Ada juga parti yang mahu supaya Sarawak merdeka terlebih dahulu sebelum menyertai gagasan tersebut dan takut ekonomi Sarawak dikuasai oleh Kerajaan Pusat. Namun selepas lawatan Tunku Abdul Rahman pada Jun 1961 ke Sarawak, pada bulan Oktober 1962 kesemua parti politik ini kecuali SUPP telah bersetuju untuk bergabung bentuk Parti Perikatan Sarawak dan menyokong usaha tersebut atas alasan untuk mempercepat kemerdekaan Sarawak, meningkatkan pelaburan dan perkembangan industri pertanian, mengimbangi jumlah dan kadar pertumbuhan kaum di Sarawak. Dengan sokongan yang diberikan akhirnya Sarawak telah bersetuju untuk bersama-sama dalam proses pembentukan Malaysia.


 Rakyat Sabah

Bagi Sabah pula, sebelum pengumuman Tunku Abdul Rahman untuk membentuk Malaysia belum wujud lagi parti-parti politik. Parti-parti mula ditubuhkan apabila usul cadangan penggabungan dilakukan untuk mengemukakan pandangan dan mendapatkan sokongan tentangan cadangan pembentukan Malaysia seperti Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO Jun 1961) dipimpin oleh Donald Stephens, Pertubuhan kebangsaan Sabah Bersatu ( USNO Disember 1961) dipimpin oleh Datu Mustapha Datu Harun, Parti Pasok Momugun ( Jun1966 ) dipimpin oleh G.S. Sundang dan Parti Demokratik dipimpin oleh Peter Chin. Sama seperti Sarawak, parti-parti di Sabah ini juga menentang dengan alasan yang sama iaitu UNKO bimbang orang bukan Melayu dan kaum peribumi Sabah kehilangan identity dan dikuasai oleh orang Melayu, politik dan ekonomi Sabah akan dikuasai oleh Kerajaan Pusat, mahukan kemerdekaan terlebih dahulu diberikan serta bimbang tentang isu kemajuan ekonomi dan sosial. Setelah lawatan Tunku Abdul Rahman pada Jun 1961 yang menjelaskan kedudukan penggabungan tersebut akhirnya parti-parti politik Sabah bersetuju untuk menyertai gagasan Malaysia. Dalam pada masa yang sama Sabah dan Sarawak telah buat tuntutan sebagai syarat untuk menyertai Malaysia. Syarat ini dikenali sebagai Perkara 20 yang dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia yang baru oleh Jawatankuasa Antara Kerajaan yang bertujuan untuk melindungi hak dan kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak. Perkara 20 tersebut merangkumi Ketua Negeri, Bahasa Kebangsaan, Agama Islam, kedudukan istimewa penduduk asal negeri dan hal ehwal imigresen, kerakyatan, peruntukan kewangan dan pelajaran. Setelah bersetuju dengan syarat tersebut barulah penggabungan Persekutuan Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak akan dilakukan.

Reaksi Brunei

Sultan brunei iaitu Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong konsep Malaysia . kebanyakan rakyat brunei pada peringkat awal berminat menyertai gabungan , Cuma mereka lebih hasrat untuk memperoleh kemerdekaan sendiri dahulu sebelum bergabung . Bulan julai 1962 persidangan majlis undangan brunei telah menyatakan persetujuan mereka terhadap pembentukan Malaysia namun keputusan muktamad belum diambil. Penetangan yang hebat datang daripada Parti Rakyat Brunei dibawah pimpinan A.M Azahari . parti ini sangat berpengaruh di Brunei . A.M Azahari pada amnya lebih berminat terhadap cadangan penyatuan Borneo Utara yang melibatkan Brunei,Sabah dan Sarawak yang dipanggil kerajaan Kalimatan Utara . Parti Rakyat Brunei dipercayai Berjaya mempengaruhi penduduk Brunei untuk menentang pembentukan Malaysia . A.M Azahari berpendapat pembentukan Malaysia merupakan cara kerajaan British untuk mengekalkan pengaruhnya di wilayah yang pernah dijajah oleh mereka supaya penguasaan ekonominya berkekalan dan menjamin keselamatan mereka , Mereka juga khuatir Brunei akan kehilangan sebahagian besar kekayaan apabila menyertai gabungan ini .


Reaksi Singapura

Di singapura, amnya semua pihak suka dengan konsep Malaysia dan menyetujui pembentukan sebuah Negara dan kerajaan baru. Lee Kuan Yew dikatakan paling berminat. Bagaimanapun ada pihak-pihak tertentu di singapura berlainan pendapat atau menaruh kesangsian tentang keutuhan Malaysia. Rakyat singapura pada awalnya memberi sokongan penuh tetapi perubahan politik Rakyat singapura pada awal tahun 1961 menukar pendirian sebahagian rakyat singapura. Parti Tindakan Rakyat atau People’s action party (PAP) dan amnya  kerajaan PAP dibawah pimpinan lee kuan yew menerima tentangan daripada parti serpihan PAP , iaitu sebuah parti sosialis United people’s party (UPP) . UPP menentang pembentukan Malaysia kerana rancangan Tunku Abdul Rahman sebagai satu rancangan kerajaan britih mengekalkan pengaruhnya . Keadaan menjadi semakin keruh kerana calon PAP telah dikalahkan oleh Parti Rakyat Singapura dan Parti Buruh dalam satu pilihan raya kecil di Hong Lim dan Anson pada April 1961 . Bagi Tunku dan Lee Kuan Yew peristiwa ini menguatkan lagi itizam mereka kearah pembentukan Malaysia . ini sama sekali bertentangan dengan spekulasi akhbar dan pihak-pihak tertentu .

KESIMPULAN



SOALAN
  1. Siapakah paling bersetuju untuk pembentukan sebuah Negara Malaysia di Singapura?
  2. Siapakah yang menyokong konsep Malaysia di Brunei?
  3. Syarat apa yang diletakkan oleh Sabah untuk menyertai pembentukan Malaysia?
  4. Sebelum  Tunku  Abdul  Rahman mengumumkan  persetujuan  penubuhan  Malaysia,parti politik apakah yang ada di Sarawak?


No comments:

Post a Comment