Sebab - sebab Brunei tidak menyertai Malaysia
Apabila Sultan Omar Ali Saifudin III dari Brunei mengisytiharkan bahawa Brunei tidak akan bersama-sama membentuk Malaysia, Tunku Abdul Rahman telah cuba untuk memberikan tekanan ke atas Brunei dengan memanggil balik beratus-ratus guru dan pegawai dari Tanah Melayu yang di pinjamkan kepada negara tersebut. Hal ini menyebabkan Brunei ketika itu menghadapi masalah pentadbiran.
Antara sebab-sebab yang dipersetujui oleh Sultan Omar Ali Saifudin III ketika rundingan dengan Persekutuan Tanah Melayu adalah :-
1. Kedudukan Kesultanan Brunei yang di letakkan di bawah sekali di dalam Majlis Raja-raja Melayu.
2. Satu lagi perkara besar yang tidak dipersetujui oleh Sultan adalah berkenaan dengan cukai Pusat ke atas hasil minyak sebanyak 10% untuk selama 10 tahun dan selepas itu Pusat mahu mengambil alih kawalan minyak Brunei.
3. Tuntutan Sultan Brunie tidak dipenuhi dan antara tuntutan tersebut :
- Sekurang-kurangnya brunei mendapat 10 kerusi di Parlimen.
- Hasil minyak adalah dibawah penguasaan Brunei.
- Brunei juga diberi memegang autonomi kewangan.
- Semua pelaburannya hendaklah dikekalkan.
- Kadar cukai yang rendah dikekalkan.
- Program pendidikan dan kebajikannya diteruskan.
- Jaminan keselamatan keatas Brunei terjamin.
- Sultan Brunei mahukan kedudukan yang lebih tinggi dalam senarai yang akan memjadi Yang Dipertua Agung.
Antara hujah-hujah bahawa dengan pembentukan Malaysia maka dapat membendung ancaman komunis dan untuk mendapatkan kemerdekaan awal dari British akhirnya telah di tolak oleh Sultan atas sebab-sebab tidak bersetuju dgn syarat-syarat di atas.
Peta Brunei |
No comments:
Post a Comment